Cukup segala madah pujangga
Tidak ingin di dengar sebarang kata
Ketika ini biarlah sunyi menerpa
Hanya siulan burung berkumandang di udara
Kau kata kau tunduk
Namun kepalamu mendongak
Mencanak-canak riak
Apa beza katamu katanya
yang berkata tidak
Cukup segala gurau senda
Tidak perlu dipanjang-panjangkan cerita
Lihat sahaja pangkal awalnya
Sama berada dipenghujungnya
Jika ke temu maka berpusing ligatlah dia
Umpama roda berputar saban masa
Jika kepalamu diputar tidakkah gila?
0 ulasan:
Catat Ulasan