Selasa, 6 Disember 2011

Bidadari Mimpi...

Semalam aku bermimpi tatkala lena
Bidadari datang membawa berita
Katanya...

"Langit cerah tidak gelita
Di pandang di cari di sini sana
Usah bermuram berairmata
Lihat dia nampak segala
Senyumlah pasti bahagia
Jangan di fikir akan binasa"

Aku tunduk menutup rupa
Memikirkan akan bicara
Selangkah aku cuba
Namun hampa tetap kecewa

"Dia kata, nampak pasti bahagia
Kenapa hatiku gusar seakan merana
Bagai sudah tiba akannya masa
Bertemu semula tanah berjumpa"

Senyum bidadari mendengar suara
Disambung semula bibit mesra

"Aku gusar, tanganku doa
Buka takbir itu rupa
Biarlah binasa asal bahagia?
Kau gila, tiada jangan kata ada
Binasa itu untuk yang ada
Diam jangan berkata
Kau tipu tetap ada
Aku bawa rindu cinta
Usahlah kecewa, peluklah aku seeratnya"

"Biar kau lihat airmata
Deras menyusur laut gelora
Kaki ku pijak ditanah rata
Biar aku seksa
Asal tetap setia?
Tiada, tiada
Aku tetap merana
Cintaku tiada aku juga"

0 ulasan:

Catat Ulasan