Rabu, 14 Disember 2011

Aku Boneka...

aku boneka
di buat apa sahaja suka
biarpun kau mencuri cinta
biarpun aku menagih kasihnya
bertaut rindu membara

sedikitpun tidak pernah kesal ada
tidak sedikitpun bersarang kaca
menghiris memutuskan tali saudara
kerana aku boneka
di buat apa sahaja suka

di sini di sana
aku memainkan watak lakon untuknya
biarpun ada yang luka
biarpun ada yang ketawa
tetaplah aku akur untuk mainkannya
kerana aku boneka
di buat apa sahaja suka

selagi watak ada
tidak terlontar di pusara
di biar diam selama
selagi itu aku boneka
di buat apa sahaja suka

apabila tiba masa
tertutup rapat segala
wajah tiada
dan ketika itu juga
aku lihat,
adakah watak aku menjadikan kau bahagia
atau,
tersungkur rebah dan aku binasa

0 ulasan:

Catat Ulasan