Rabu, 14 Disember 2011

Dalam Ketidaktahuan...

Dalam ketidaktahuan
Meredah berjalan
Menyusur duri-duri dihadapan
Perlukah aku menangis dalam hujan?

Menutup resah gelisah
Mempamirkan bagai tidak berdarah
Berkata-kata indah
Sedang semua itu pembohongan yang parah

Kata-katakan sahaja binasa
Kata-katakanlah semua itu tiada
Untuk apa?

Di bikin indah madah pujangga
Corak bunga berwarna
Sekadar untuk kata cinta
Rindu tertanam di jiwa
Parah, itu semua tiada
Dia sahaja ada

Biarkan mereka tertawa
Berlonjak-lonjak suka
Sedang dalam ketidaktahuan sama
Dia sahaja tahu segala

0 ulasan:

Catat Ulasan