tiada lama,
semakin hari semakin terpadam ukiran bahasa,
mungkin ia turut mengikut tiada,
mungkin juga ini kali terakhir dia mengolah bahasa,
dengarkan bagai pusaka...
"Bintang berkelip mengikut susunannya
Paksi-paksi lingkaran teratur semuanya
Namun manusia di biarkan bersahaja
Mengikut gerak tari di mana sahaja
Kerana Dia maha Tahu segala
Esok pasti jumpa
Mana yang dikata kekal selama?
Lihatlah, jika mata itu dikata melihat,
Dengarlah, jika telinga itu dikata mendengar,
Bacalah, jika lidah itu memutarkan kata."
pejam mata, buka
tetaplah itulah nampaknya
layu gugur kelopak bunga
asalnya itu, itu jugalah tiada
dibaca-baca berulangkalinya
akhirnya tetap tiada
seperti awalnya tiada
0 ulasan:
Catat Ulasan