Ingin aku diam,
Tanpa mengolah seribu bahasa
Namun jiwaku resah tiba-tiba
Mungkin kerana aku pujangga
Bukan laksamana, punya keris ditangannya
Andai aku laksamana
Akan aku cantas setiap satunya
Biar rebah durjana
Mencium tanah merah menyala
Itulah darah yang di bangga
Biar dia cium untuk selama
Namun langkah tariku tiada bunga
Corak bahasa pula hanya merana
Ingin benam pena ke dada
Akhirnya aku juga yang tiada
Dia tetaplah ada...
0 ulasan:
Catat Ulasan