Khamis, 24 November 2011

Adakah kau lihat akanku?

Dengan penglihatan
Aku pandang kau lena
Benar-benar di bahuku
Adakah kau dengar suaraku?
Adakah kau lihat akanku?

Sentiasa sukar perasaan ini
Sentiasa ada sesuatu menjadikan beza
Lorong-lorong kelam
Bertahan di arah rindu
Aku pekik-pekik memanggil cinta
Kau lihatlah aku

Airmatamu
Mengena di dadaku
Tidak jauh, tidak jauh
Aku sudah pulang
Kau lihatlah aku

Dengan penglihatan
Aku pandang kau bangun
Benar-benar di sebelahku
Adakah kau dengar suaraku?
Adakah kau lihat akanku?

Aku masih rasa luka-luka lama
Tidak pernah padam
Terlalu sukar di rawat
Dan kau juga begitu
Inikah namanya setia?
Biarpun beza

Adakah kau dengar suaraku?
Adakah kau lihat akanku?
Pandang, pandang sini
Lepaskan rindu
Peluklah aku
Tidak seinci aku jauh darimu

0 ulasan:

Catat Ulasan