Sebaik sahaja aku ucap selamat tinggal
Perkara itu benar-benar berlaku
Ia sepatutnya tidak terjadi
Hujan itu datang menghampiri
Bukan lagi satu permainan
Khayalan aku bertukar airmata
Aku cuba berlari
Kaku, langkah aku kaku
Sejuk menggigil dalam beku
Kau datang memeluk aku
Aku lihat, aku lihat kejadian itu
Benar-benar aku benci
Pergi, pergi jangan dekati
Mengapa kau menyayangi?
Kenapa masih ada rindu dihati?
Aku lihat, airmatamu berjujuran laju
Sedang bencimu lebih kuat dari aku
Membuatkan aku rasa bersalah
Menghimpit gundah resah
Luka berdarah, jiwaku parah
Berundur, aku ingin pergi
Jangan lihat, jangan panggil aku
Biarkan aku terus berselimut dalam sepi
Benar-benar aku benci
Pergi, pergi jangan dekati
Sebaik sahaja aku ucap selamat tinggal
Perkara itu benar-benar berlaku
Hujan itu datang menghampiri
Itulah kali terakhir airmataku mengalir
0 ulasan:
Catat Ulasan