Isnin, 26 September 2011

Inilah Aku...

Sudah lama tidak bermadah pujangga
seperti dahulukala
bercerita dengan bersahaja
tidak bergundah gulana
resah tidak mempamirkan rupa

ibarat burung terbang melayang
menghinggap pada bintang-bintang
malam yang menerjah datang
tidak hirau walaupun hilang
ditelan pada kematian menjelang

namun hari berganti hari
semuanya tinggal menjadi fantasi
dan realiti
akulah tetaplah begini
tidak pernah keluar pergi

0 ulasan:

Catat Ulasan