Isnin, 26 September 2011

Kaku...

Tiga hari berlalu
Tanpa bintang bulan menerjah akalku
Sejuk, kaku
Akalku semakin membeku
Dimalam-malam kian berubah laku

Aku mencari-cari arah
Ke kanan ke kiri semakin payah
Melangkah, memijak tanah
Mana-mana kompas-kompas yang menerjah
Kembalikan tujuan asal yang musnah
Ditelan kealpaan semakin parah

Memandanglah aku
Pada bingkai-bingkai waktu
Yang telah lama berlalu
Pergi meninggalkan aku
Yang kaku

0 ulasan:

Catat Ulasan