Mengalir air sungai
Jernih warna
Melembutkan hati keras
Menyucikan segala hitam
Penuh rahmatNya
Tatkala Ramadhan menjelma
Belayarlah aku
Mencari rintikan-rintikan rahmat
Ini bukan pertama kali
Aku tersungur rebah
Namun aku gagahkan juga
Belayar Mencari PenawarNya
Tiada apa bisa mengganggu
Semua telah terkurung
Semua telah terkurung
Yang terbuka hanyalah rahmatNya
Adakah akan terlepas
Adakah akan aku lepaskan
Segala yang diberi secara percuma
Hanya syukur membawa kebahagiaan
Ahad, 31 Julai 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan