Selasa, 2 Ogos 2011

aku lihat....

aku lihat
daun-daun layu
mulai gugur
jatuh ke tanah
menjadi sebati
dan akhir
tiada nama daun

aku lihat
rintik-rintikan cecair
menghempas segala rasa
gugur menjadi lautan
ada juga tersasar
namun itu bukan pintanya
jatuhnya dia
kerana menyuburkan sekitarnya
maka dia rela tiada
tidak bersama sahabat-sahabat tercinta
berkocak gembira bertemu dilautan yang luas

aku lihat
paksi-paksi alam
mula sujud
namun aku lihat
aku masih berdiri
alpa pada rahmatNya

0 ulasan:

Catat Ulasan