Jumaat, 17 Jun 2011

diam wahai pujangga...

katakan, katakan itu dusta

biar hati kekal selama

suarakan diruang gelap gelita

dan tiada


tiada berbunyi irama

sunyi bertemankan... tiada

maka tiadalah rindu cinta

bermain-main diruangan maya


diam, wahai pujangga

bisukan kata

dan pasti berkata ada dua

luar mahupun dalamnya


maka diam wahai pujangga

biar aku telan kata-kata

menjadikan tiada

maka jadilah dia

0 ulasan:

Catat Ulasan