Jumaat, 17 Jun 2011

wahai pujangga diam itu hitam...

tika kosong gelap gelita

tinggallah titik berbentuk noktah

dan aku cuba mengapainya

maka terimalah akan padah


katakanlah kepada aku

mengapa disentuh bujur-bujur kaku

hilang, hilang segala rindu

pulang, pulang jangan ditunggu

pergi, pergi biarkan aku


wahai pujangga

wahai pujangga

diam, diam itu hitam

gelap gelita penuh kelam

bagai hilang tidak ada alam


maka dibilang-bilang

supaya datang

dan akhirnya kembali hilang

0 ulasan:

Catat Ulasan