usah berbicara dusta
sedang engkau ingin bersuara
katakan sahaja apa yang dirasa
kau diam, kau bernoktahkan hitam
adakah rasa itu menyegarkan jiwa?
ah! lambat mencoretkan kata
ada pena guna
jangan mengesat sahaja airmata
lama-lama hilanglah ia
kau kata kau cinta
lafazkan bicara
biar aku dengar bisikkan rindu yang bergema
Isnin, 9 Mei 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan