ah! tidak usah berpaling-palingkan muka
berkata sahaja itukan bicara
engkau palingkan muka
setelah engkau mengangguk suka
jangan lafazkan bicara
bisumu mengeluarkan suara
terdengar hingga pelusuk dunia
kau kata kau cinta?
ah! kata helah bicara dusta
manakan ada cinta
andai tidak kelihatan rupa
lihat sahaja disekitarnya
kau suka, mengapa langkah sumbang semata?
Isnin, 9 Mei 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan