Jumaat, 30 Oktober 2009

Masih Ada Rahsia…

Selembut sutera menyapa…
Mengusap lembut wajah…
Menghilangkan resah gelisah…
Menempuh badai gelora…
Ciptaan Maha Pemurah…

Engkau membisik sesuatu…
Gegendang terasa denyutan…
Berlari mencari alunan…
Dibalik Kalimah tertera…
Kau masih berahsia…

Mengapa antara Kau aku…
Masih ada Rahsia…
Ketuklah pintu hatiku…
Bukalah tirai cintaku…
Kau aku tunggu…

Kasih aku merayu…
Usah terus membisu…
Kasih aku merayu…
Jangan tinggal aku…
Aku makin lesu…

Kau merenung mataku…
Penuh titisan hujan…
Mendambakan cintaMu…
Mendambakan rinduMu…
Ucaplah sepatah kata…
Walaupun…
Tiada…

2 ulasan:

  1. Kasih itu hanya utkNYA,
    Rindu itu hanya buatNYA,
    Tangisan itu mengharap redhaNYA,
    Diam itu tanda tasbih padaNYA.

    BalasPadam
  2. Kembali sepi...

    benar...
    adakah diam itu...
    berfikir padaNya...

    kembalilah aku mencari...
    apabila diamNya...
    penuh Rahsia...

    BalasPadam