Isnin, 2 November 2009

Aku Semakin Buta...

Aku cuba mencorak langkah...
Dalam garis lintang pukang...
Mencari sinar kerinduan...
Mencari setia percintaan...
Menemui di baris kalimah...
Tiada...

Meronta di garis kerinduan...
Kelam malam semakin panjang...
Tidak mampu melupakanNya...
Sentiasa Ada dimana mana...
Tetapi mengapa...
Buta...

Mengigil lutut mencari jalan...
Arah semakin kabur menghalang...
Kabus tidak bisa padam...
Rahsia makin tenggelam...
Terselimut dilembah harapan...
Melihat wajahNya...
Walaupun semakin buta...

Gelap makin gelap...
Terang tidak jua menyinar...
Semakin buta...
Dalam pencarian...
Tiada tuhan selain Allah...

2 ulasan:

  1. Apabula gulita menerjah matalendir
    sudah hampirlah rahmat barkahNya
    kerana sudah tertutuplah ancaman godaan
    dari segala indah rupa pada zahir pandang
    Semuga bertambah lancar terbuka kilau benderang
    memancar sinar tulus dan telus sinar pandang
    mata hati mata rahsia dari rahmat Illahi
    semuga kekal berterusan kekal gemilang
    ceraca cahaya memancar sinar pujian
    membawa dan membina rahmat mu Tuhan

    BalasPadam
  2. Che leh jangok...

    bagaimana bisa aku melihatNya...
    sedang aku tidak bisa...
    melihat kata-kata...
    walau indah berbunga-bunga...
    sungguh payah hendak memetiknya...
    kerana durinya kelihatan dimerata-rata...
    ketakutan kerana...
    diriNya...
    yang dipanggil Allah...

    BalasPadam