Khamis, 17 September 2009

Kad Raya Untuk Dia...





Jika ada silap dan salah...
Aku susun semua jari...
Meminta ampun dari Allah...
Dan juga sahabat andai...

Moga Aidilfitri kali ini...
Memberi seribu erti...
Dalam mengerjakan kehidupan...
Agar semua dirahmati...
Dan di redai selamanya...


Selamat Hari Raya Aidilfitri...
Ramadhan jangan lupa...
Kerana Ia mengajar...
Erti hidup susah...
Kerana lepas ini...
Semua sentiasa dalam kesenangan...

11 ulasan:

  1. dari kejauhan ucapan diberi
    salam idulfitri
    kullu sanah wan ent bi alf khoiri
    moga segala amalan diterima Ilahi

    BalasPadam
  2. Assalamu'alaikum wm wbt Dhammah Syifflah :)

    Selamat ya, wahai Dhammah.
    Doakan sy ya Dhammah
    Satu lagi, Dengan ingatan tulus ikhlas sy ucapkan SHR Maaf Zahir Batin..

    BalasPadam
  3. Ya Allah Ya Rabbi ...........
    Berilah aku dan sahabat sepakat sekata
    Kekuatan dan kelapangan
    untuk terus menyediakan diri
    menyambut Ramadhan akan datang
    dengan lebih bermakna lagi
    .............
    .........
    Amim yarabbilalamin.

    BalasPadam
  4. LiSzA...

    moga-moga Dia mengampunkan...
    Dia maha pengampun...
    lagi maha pengasihani...
    berdoalah pada yang Hak...
    jangan pada yang batil...

    BalasPadam
  5. hajia...

    aku memohon maaf...
    aku berdoa untuk diriku...
    belum tentu berjaya...
    apatah lagi untuk dirimu...
    cukuplah dari jauh...
    aku mengaminkan...
    Dia mendengar segala kesusahan...
    yang penting tuju pada Dia...
    usah pada hambaNya...
    kerana hambaNya meminta pada Dia juga...

    BalasPadam
  6. Che Leh Jangok...

    aku hanya mampu mengaminkan...
    selebihnya Dialah penentunya...
    jika Ramadhan itu datang lagi...
    jika tidak...
    aku tidak dapat merasa...
    bagaimana penuhnya Ramadhan...

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum...

    sang puteri puisi...;)
    slamat Hari Raya,
    maaf zahir batin,
    terima kasih kerana sudi menziarahi blog kerdil saya,.
    si 'kunang-kunang'..
    moga sentiasa dalam kesejahteraan dan kegembiraan dalam acuan keredhaanNya..
    insyAllah..
    ;)

    wassalam..

    BalasPadam
  8. cahaya malam...

    amin...
    moga-moga Aidilitri...
    membawa sejuta makna...
    akan datang para Malaikat...
    memberi rahmat Illahi...
    agar semua dalam kesejahteraan...
    Dia kan maha pengasih...

    BalasPadam
  9. Salam Dhammah

    Allah maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

    maafkan aku Dhammah
    tiadalah aku bermaksud mengharap yang lain selainNya yg Maha Memberi lagi Maha Pengurnia(InshaAllah)
    sahabat, dengan doa sesama kita Islam bersaudara, memperkuatkan lagi ukhuwah antara kita..Allah Maha Melihat lagi Maha Mengetahui

    BalasPadam
  10. benar hajia,

    Dia maha melihat lagi maha mengetahui...
    kerana itu lihatlah diri...
    adakah layak menjadi kekasihNya...
    jika tidak...
    laluilah jalan yang diberi..
    dengan mengucap kalimahNya...

    BalasPadam