Isnin, 7 September 2009

Bagaimana Wajah Dia...

Semua bercerita tentang Dia...
Bagaikan telah terpahat wajahNya...
Dibenak hati hati mereka....
Adakah benar atau dusta...

Siapa telah melihat Dia...
Katakan tanpa dusta...
Bagaimana wajahNya...
Agar tenang jalan cahaya...

Aku melihat semua berbicara...
Seperti telah melihat Dia...
Sedangkan aku merangkak mencari Dia...
Katakan tanpa dusta...
Bagaimana wajah Dia...

Semua berkata...
Seperti telah melihat Dia...
Pelik melihat ragam manusia...
Sentiasa berdusta...
Seperti telah melihat Dia...
Sedangkan hanya Dia...
Mengetahui wajahNya...

12 ulasan:

  1. Dhammah,

    Bagaimana hendak kutahu siapa maksudmu
    katamu sinis namun berbahasa

    jiwamu cantik sedang bergelora
    adakah kamu marah melihat aksi manusia?

    Wahai dhammah, biarlah mereka apa mahu mereka
    upaya kita takat yang ada

    Jika ku jelas inshaAllah kubahagia
    namun fikirmu fikir begitu
    jiwaku resah siapa maksudmu..
    jika Muhammad s.a.w, rasulullah maksudmu
    janganlah gundah fikir positif
    mereka berkata punya niat yang baik
    agar kita mecari dia tak terus hilang dia..

    BalasPadam
  2. hajia...

    cantik indah disulam bahasa...
    budinya dia tidak pernah aku lupa...
    perlukah aku berkata Muhammad...
    sedangkan aku dari pada dia...
    dialah mengajar aku...
    bahawa Allah itu satu...

    mereka yang menyusulinya...
    tetap teguh mendekati...
    berpegang pada amanahNya...

    tidak kata menuju pada mereka...
    tidak kata menuju ke sana...
    tidak kata menuju ke mana-mana...

    tapi menuju ke aku...
    aku yang bersuara...
    seperti telah melihat Dia...

    BalasPadam
  3. salam Dhamah,

    Bagaimana mahu melihat Dia
    kau dan aku tak mampu,
    dengan mata hatipun tak
    daya, lagi dengan
    dua mata

    Kalau dengan mata lendir,
    hancur Tursina

    Lihatlah Dia melalui
    ayat-ayat-Nya

    BalasPadam
  4. benar Abuyon...

    aku yakin pada Dia...
    kalimah-kalimahNya...
    membuatkan aku percaya...
    Dia ada...
    malah aku akan berjumpa...
    dengan Dia...

    BalasPadam
  5. Perjalanan itu memang begitu
    berbekalkan likat kelam di gelap pekat
    langkah redah mengagau raba melangkah jua
    yakin pasti tegohnya pegang percaya benarlah ia
    selagi pengetahuan berjajar menyediakan asas
    bertapak kejat membina ilmu cahaya hidayah
    menyubur ladang iman dikubu tauhid.

    Inshaallah akan ketemu jua nantinya kalian.

    BalasPadam
  6. benar Che Leh Jangok...

    asas perlu ada...
    pasti nanti jumpa...
    jika benar berjalan disisiNya...
    sejajar dengan cahayaNya...
    mengtauhidkan Dia...
    hadirlah jalan seiring pejuangNya...

    BalasPadam
  7. Salam Dhamah Syifflah,

    "bagi yang mencariNYA, maka menemuiNYA".

    BalasPadam
  8. salam Syifflah.. ramadhan kareem :D

    jika Dia
    yg kau maksudkan
    Pencipta yg Maha Esa
    maka janganlah kau
    gundah gulana
    kerna pastinya suata ketika
    bisa kita melihat Dia
    di alam syurga

    tercipta di kalamNya
    tanpa syak wasangka
    "ila Rabbiha naziroh"


    percayalah
    percayalah
    percayalah
    yg pasti buat hamba Allah
    yg tunduk menyerah
    bukan hambaNya
    yg menzalimi memusnah



    p/s: insAllah, moga tergolong kita dlm glgn penghuni syurgaNya.. ameen3

    BalasPadam
  9. benar Zulkifli...

    siapa yang mencari...
    pasti jumpa...
    tapi apa yang dicari...
    syurga atau Dia...

    BalasPadam
  10. benar Lisza...

    percayalah pada pertemuan...
    percaya akan ketemu dengan Dia...
    rela tidak dapat syurga...
    asalkan ketemu Dia...

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah..

    wahai dhammah, terima kasih atas jawapmu
    malu hamba tersalah tafsir..
    nampak sudah pasti dihati tentang siapa yg kamu tulis
    kemaafan darimu kuharapkan dari bicara yg tersalah tafsir
    jgnlah berkecil hati dgn patahku
    maafkan sy sekali wahai dhammah..
    Allah yg kamu maksud, Allah yg kamu nampak
    pertemuan pasti ada.. hambanya mesti yakin
    Hati mesti diisi rindu, Hati mesti diisi cinta
    hingga membuah satu rasa
    rasa hanya mahu dia..rasa hanya harap dia
    rasa hanya mahu rdhanya,rasa mahu ketemu dia..

    BalasPadam
  12. benar Hajia...

    perlukah aku memaafkan dirimu...
    sedangkan engkau tidak mengganggu aku...
    tidak terguris luka dihati ini...
    malah gembira kau menghiasinya...
    memberikan aku pelajaran...
    belajar dengan mu bagai mimpi...

    susah lafaz-lafaz ingin keluar...
    bagai dipaku untuk berhenti...
    supaya teguh mendekati...

    Allah berfirman...
    "rapatnya Aku bagaikan darah mengalir di leher..."

    carilah Dia...
    kau akan bahagia...
    walaupun suku biji sawi...

    BalasPadam