Jumaat, 4 September 2009

Perlukah Diam Setelah Diberi...

Ingin berkata suara tiada...
Tidak tenteram tanpa Dia...
Sepi hidup bermaharaja pula...
Jika itu ketentuanNya...
Tiada suara tidak mengapa...

Suatu hari bakal tiba...
Membuatkan sepi tanpa kata...
Bukan itu sahaja...
Membutakan mata memekakkan telingga...
Sehingga tiada apa yang ada...
Akhirnya menentukan siapa disisiNya...

Lantas hari itu...
Aku sujud menggengam dosa...
Kerana tidak bersuara...
Melaungkan namaNya...
Di hari ini...
Apabila diberi suara...
Untuk bersyukur kepadaNya...

14 ulasan:

  1. 'bersyukurlah dengan rahmat Allah SWT.'

    'Berwaspadalah dan bersedialah kita untuk masa sedang bila kita lalai.. nikmat itu hilang sekelip mata'

    BalasPadam
  2. benar SetiaKasih...

    jika hilang rasa bersyukur...
    dalam jiwa...
    musnah nikmatnya dan tersungkur...
    dalam bahagia...

    kerana Dia maha adil...
    dalam urusanNya...

    BalasPadam
  3. sentiasa bersykur.....

    -pengemisredha-

    BalasPadam
  4. salam Dhamah,

    Tanpa atau dengan,
    mari kita besarkan Dia
    besarkan Dia atas
    segala

    BalasPadam
  5. pengemisredha...

    benar sentiasalah bersyukur...

    BalasPadam
  6. abuyon...

    dengan membesarkan Dia...
    dapatlah nikmatNya...
    walaupun tanpa diduga...

    BalasPadam
  7. Assalamu'alaikum wm wbt Dhamah Syifflah,

    Tak ku sedar
    Kamu orang terpilih
    Rupanya kamu anugerah Allah

    Nikmat Syukur mesti didekati agar nikmat kufur jauh berlari menjauhi..

    BalasPadam
  8. Assalamu'alaikum wm wbt Dhamah Syifflah,

    Tak ku sedar
    Kamu orang terpilih
    Rupanya kamu anugerah Allah

    Nikmat Syukur mesti didekati agar nikmat kufur jauh berlari menjauhi..

    BalasPadam
  9. Hajia...

    aku hanya insan biasa...
    tiada apa yang ada...
    lainlah seperti mereka...
    sentiasa bahagia didunia...
    sehingga tidak memikirkan bahaya menimpa...

    BalasPadam
  10. Dhammah..

    kerdil aku darimu
    mengaku biasa sendangkan kau diatas

    bahagia itu sementara
    bahaya juga telah kau tahu ada menanti

    yang resah kita..
    bagaimana nak menolong jika tersasar saudara

    BalasPadam
  11. hajia...

    tiada yang dibawah...
    tiada yang diatas...
    semua sama dijadikan dari tanah...
    lainlah syitan dari api...
    itupun lupa pada diri...
    lupa apabila berjaya...
    sedangkan Dia yang memberi...

    tiada siapa tersasar...
    memanah biar dengan caraNya...
    jangan cepat terpedaya...
    walaupun dapat membelah dunia...
    itu semua serahkan pada Dia...
    hanya Dia berkuasa melakukannya...

    tidak perlu itu semua...
    dalam mencariNya...
    hanya perlu matikan diri...
    itu sahaja...
    kerana akulah puncanya...
    punca aku ke neraka...

    jika aku mati...
    dapatlah aku melihatNya...
    itupun jika Dia sudi menerima...
    kerana aku telah membunuh diri...
    membunuh diri kerana Dia...

    BalasPadam
  12. wahai dhammah,

    semua atas kehendaknya
    terima kasih memperingati
    kita semua dari tanah

    martabat, Allah yg tentukan
    atas asbab DIA mahu makhluk ciptaanNya mulia
    diberinya pinjam satu roh setiap jasad
    roh pinjamanNya memartabatkan kamu
    DIA melihat hati bukan hartamu
    bukan bermakna perlu riyak dgn kemuliaan
    tapi perlu sedar akan kefakiran..

    mati itu mesti
    perlukah meminta sedangkan saatnya DIA yang tentukan
    walaupun hati mahu sangat ketemu..

    BalasPadam
  13. benar Hajia...

    semua kehendakNya...
    perlu berserah kepadaNya...
    hanya Dia tempat bertawakal...
    bertawakallah orang yang bertawakal...

    perlukah aku bercerita...
    sedangkan engkau mengetahuinya...

    Allah berfirman...
    "jika kamu orang-orang yang benar... bercita-citalah mati... jika kamu memiliki kebenaran..."

    ini adalah kerana...
    sesiapa yang takut akan kematian...
    akan lari dari kematian...
    dan mereka jauh dari kebenaran...
    sedangkan...

    Allah berfirman...
    "Aku menciptakan kau untuk diriKu... supaya engkau sembah Aku sebenar-benar sembah..."

    Allah menciptakan segalanya untuk diriNya...
    perlukah mengambil dariNya...
    sebagai hamba...
    pulangkanlah balik hakNya...
    semua ini hakNya...
    tiada apa yang ada...
    semuanya hak Dia...

    jika ada yang berkata itu hak dia...

    Allah berfirman...
    "siapa yang menciptakan kau..."

    BalasPadam