Selasa, 11 Ogos 2009

ILMU TARIKAT

Tarikat melambangkan ingatan atau fikiran yang kuat untuk mengingati Allah dan perjalanan untuk menuju ke sesuatu tempat yang damai… mendaki gunung yang semak berduri untuk menembusi titik-titik gelap yang mengelirukan… Tarikat bukanlah pelakuan dan perbuatan tetapi ingatan dan perlafasan yang kuat untuk memastikan sesuatu itu berjaya ditembusi… amalan yang memuji kebesaran Allah malah mengagungkannya lebih dari segalanya… dengan adanya Syariat yang kuat iaitu perbuatan yang ingin menuju dan ditambah dengan Tarikat iaitu sebuah perjalanan untuk memasuki lorong yang gelap… pasti akan berhasil untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati… baik datangnya pasti baik tetapi sebaliknya sudah tentu hanya setakat itu sahaja ilmu yang dimiliki…. Apa yang dikehendaki… hati sentiasa inginkan ketenangan… nafsu sentiasa meinginkan kegembiraan… rasa sentiasa menginginkan keunikkan… bagaimana pula dengan akal… akal menitik beratkan segala-galanya… akal berfungsi apabila nafsu, hati dan rasa menanyakan sesuatu yang dihajati… dan akal akan memikirkan kesudahan antara baik atau buruk… disinilah perjalanan Tarikat untuk menyucikan semuanya untuk berfungsi dengan baik… mengikut apa yang telah disampaikan… dengan adanya kalimah-kalimah yang tepat disisi Allah ditambah dengan pelakuan yang sentiasa ingin menujuNya… pasti akan memahami sesuatu itu dengan lebih berkesan…

“dan tiadalah bagi manusia, bahawa Allah bercakap-cakap dengannya, kecuali dengan wahyu atau dari balik dinding, atau Dia mengutus seorang utusan (malaikat), lalu utusan itu mewahyukan dengan izinNya apa yang dikehendakiNya… sesungguhnya Dia maha tinggi lagi maha bijaksana… dan demikianlah Aku wahyukan kepada engkau sesuatu roh (Al-Quran yang menghidupkan hati) dari perintah Aku… engkau belum tahu, apakah kitab dan apakah iman? Tapi Aku jadikan ia (Al-Quran) menjadi nur (cahaya penerangan), Aku tunjuki dengannya, siapa yang Aku kehendaki di antara hamba-hamba Ku… sesungguhnya engkau menunjuki ke jalan yang lurus…”
Surah Asy-Syuraa ayat 51 dan 52…

Contoh ayat yang mudah menyucikan hati…

Laillahaillallah
“Tiada Tuhan Selain Allah”

Alhamdulillah
“Segala puji bagi Allah”

La illaha illa anta subbahanakainni kuntu minaz zolimin…”
“Tidak ada Tuhan selain Engkau sesungguhnya aku termasuk manusia yang menzalimi diri sendiri…”

Perkataan-perkataan seperti ini dapat menyucikan diri daripada melakukan keburukkan malah dapat membantu diri hampir kepada Allah… dengan adanya zikir, tahmid, tahlil, takbir atau sebagainya dapatlah mengelak diri dari melakukan maksiat, melakukan dosa-dosa besar mahupun kecil yang nyata atau tidak… malah dapat menggalakan supaya memperbanyakkan amalan kebaikkan yang berkekalan untuk sentiasa menjadi hamba yang taat kepada perintahNya… dapat juga membuang fikiran jumud yang telah meresap atau akan meresap kedalam diri apabila terlupa kepadaNya… dengan adanya Ilmu Tarikat mampulah membuat benteng pertahanan daripada gangguan-gangguan yang seringkali menghasut diri untuk melakukan kerosakkan dan jauh dari kebenaran… lalu dipermudahkan Allah untuk menuju ke mahligai yang ingin dikecapi… setiap perjalanan akan menerima ujian… adakah ujian itu sesuatu yang mudah atau bagaimana ujian itu… hanya kesabaran mampu melepasi segalanya… semua ini dibantu oleh Ilmu Tarikat untuk menunjukkan jalan lurus… kerana itulah setiap perjalanan perlulah ada pemikiran dan pelafasan yang kuat… barulah diri ini kukuh dan teguh… tidak akan goyah dengan bisikan yang merugikan…

“Adakah (orang-orang) yang memberi minum kepada orang-orang haji dan menguruskan Masjidil Haram sama dengan orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian serta berjuang di jalan Allah? sekali-kali tidak sama mereka itu di sisi Allah… Allah tidak menunjukkan kaum yang zalim… orang-orang yang beriman dan berhijjrah serta berjuang di jalan Allah dengan harta dan dirinya lebih tinggi darjatnya disisi Allah… mereka itulah orang-orang yang menang… Allah akan memberi khabar gembira bagi mereka dengan rahmat dan keredaanNya serta syurga untuk mereka didalamnya nikmat yang tetap (abadi)…”
Surah At-Taubah ayat 19 hingga 21…

Ilmu Tarikat bukan sahaja memuji kebesaran Allah… tetapi adalah proses untuk menaikkan perjalanan ke sisi Allah… dapat membantu untuk mengetahui tipu daya dunia yang saban hari ingin menyesatkan… banyak yang melupai Ilmu Tarikat setelah jauh menuju Ilmu Hakikat ataupun Makrifat… sedangkan perlu adanya Tarikat untuk menuju perjalanan yang sebenarnya… jauh perjalanan tidak dirasai jika sentiasa bersama Allah… bukannya alpa untuk mengingati Allah setelah mendalami sesuatu itu… sedangkan Allah mampu memadamkan ingatan dalam sekelip mata jika terlupa kepadaNya… kerana itulah Tarikat penting dalam setiap perjalanan… dengan ini mampulah membuktikan diri ini benar-benar sentiasa berjalan disisiNya dan setia kepada ajaran yang telah dibawa oleh utusanNya… bukannya hanya berkata semata-mata tetapi tiada amalan yang dibawa… tin kosong bising bunyinya berbeza dengan tin yang penuh dengan isi… sudah tentu tin yang berisi jika dibuka akan mengeyangkan sesiapa yang mendekatinya…

“Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu jika dikatakan orang kepadamu: “berperanglah kamu (serulah mereka) pada jalan Allah… lalu kamu lambat (duduk) di tanah? Adakah kamu suka dengan kehidupan di dunia ini daripada akhirat? Maka tiadalah kesukaan hidup di dunia, dibandingkan dengan akhirat, melainkan sedikit sekali… jika kamu tidak mahu berperang (menyeru mereka), nescaya Allah menyeksa dengan azab yang pedih dan Dia akan menukar kamu dengan kaum yang lain, sedang kamu tiada mudarat kepada Allah sedikit pun… Allah maha kuasa atas setiap sesuatu…”
Surah At-Taubah ayat 38 dan 39…

Jika tidak mampu menyeru seseorang itu untuk kembali kepada Allah dengan perbuatan dan perlafasan cukuplah sekadar berkata didalam hati… kerana Tarikat mengajar untuk melafaskan sesuatu yang baik… berkatalah yang baik walaupun ada yang menentang diri ini… kerana itulah perlu memahami konsep Tarikat dengan mendalam… barulah perjalanan ini sentiasa dibawah keredaan Allah…. sesungguhnya bukan manusia yang menentukan seseorang itu tetapi Allah yang menentukannya… adakah diri ini pilihan Allah jika masih berkata sesuatu yang akan membuatkan Allah murka… jadi dengan mendalami Ilmu Tarikat diri akan menjadi hamba yang taat kepada Allah bukan sahaja diluar malah dari dalam… tidak akan mudah seseorang yang beriman dan berpegang teguh kepada Allah akan menerima hasutan syaitan dari jin dan manusia yang ingin membuatkan jauh kepada Allah… tidak akan mudah melupakan jika sentiasa melakukan amalan-amalan yang berpegang teguh kepada Allah… adakah akan lupa jika seringkali mengingatkan diri ini walaupun lumrahnya manusia itu pelupa… ingatan itulah yang paling berharga kerana itulah perjalanan untuk kehadapan dan seterusnya… ada yang mengunakan akal, hati, nafsu dan rasa untuk menuju Allah… tetapi bahagian mana yang paling tepat… mengikut hati akan mati… mengikut nafsu akan lesu… mengikut rasa akan binasa… mengikut akal fikiran akan datang kebijaksanaan… tidak semua mampu menggunakan akal dengan sebaiknya… dalam seribu hanya seorang sahaja yang diberikan akal yang luar biasa itu pun jika ada… tidak Allah memilih seseorang itu berdasarkan keturunan atau pangkatnya didunia… tetapi Allah memilih seseorang itu berdasarkan Thaubatnya… jika Allah kehendaki untuk memberi sudah tentu akan diberinya tetapi adakah mampu untuk menerimanya jika masih mengosongkan akal, hati, rasa dan nafsu untuk mengingatkan diriNya… ada yang menerima hidayah tanpa petunjuk… ada juga yang menerima ilmu tanpa belajar… jika Allah ingin memberikan IlmuNya kepada sesiapa sahaja sudah tentu mampu Dia lakukan… kerana Dia yang menghidupkan dan mematikan sekalian makhluk… begitu juga jika Dia ingin menlenyapkan IlmuNya… lebih baik mencari daripada menunggu… tidak akan rezeki jatuh ke riba tanpa sebab… semua telah diberikan ilmuNya tetapi diri ini tidak mampu untuk meneroka… kerana itulah Tarikat penting untuk memberikan perjalanan yang tepat menujuNya… ada juga yang berusaha untuk menafikan sesuatu yang telah diberikan Allah kepadanya… sehinggakan menabur fitnah keatas seseorang yang berpegang teguh kepada ajaran Allah… telah diberi tetap menolaknya…

“dan orang-orang yang berusaha melemahkan (mengalahkan) ayat-ayat Aku, untuk mereka itu seksa yang pedih di antara sejahat-jahat seksa… dan orang-orang yang berilmu mengetahui, bahawa apa yang diturunkan kepadamu daripada Allah (Al-Quran) ialah kebenaran dan dia menunjukkan kepada jalan (Allah) yang maha perkasa lagi maha terpuji…”
Surah As-Saba ayat 5 dan 6…

Diri tidak menyedari kesilapan yang dilakukan… tanpa bantuan dan petunjuk daripada Allah sudah tentu akan hanyut dibuai mimpi-mimpi indah yang merosakkan diri… dengan adanya bantuan daripada Ilmu Tarikat… dapatlah menangkis lalu membuangnya jauh-jauh kesilapan yang telah dilakukan mahupun belum dilakukan… telah hadirnya perjalanan seseorang untuk dicontohi dan teladani supaya sentiasa duduk dengan sebaik-baiknya… yang buruk jadikan pengajaran dan iktibar untuk diri sentiasa berjalan lurus sehingga tidak menyedari yang diri ini telah menjadi kekasihNya… adakah mampu seseorang itu menjadi kekasih Allah jika masih melakukan kemungkaran… jika hendak menjadi kekasihNya mengapa masih melakukan kejahillan dan kemungkaran yang akan membuat Dia murka… kenali siapa syitan yang saban hari menghasut manusia… jika tidak mengetahui bagaimana untuk menentangnya…

“Katakanlah (ya Muhammad) : Aku berlindung kepada Allah yang mendidik manusia… Raja Manusia… Tuhan Manusia… Daripada kejahatan bisikan syaitan biasa bersembunyi… yang membisikkan dalam hati manusia… yaitu bangsa jin dan manusia…”
Surah An-Naas (Manusia) ayat 1-6

Telah terang kalimah didalam Surah An-Nass yang menyatakan syaitan itu dari bangsa jin dan manusia… tetapi mengapa sering lupa siapa itu syaitan… adakah diri ini syitan yang menghasut manusia untuk melakukan kemungkaran dan menjauhkan diri untuk melakukan kebaikkan kepada Allah… adakah syitan itu yang jahat kerana menghasut manusia untuk melakukan kejahatan sedangkan mereka hanya menghasut, diri ini yang melakukan… mana yang jahat melakukan atau menghasut… kedua-duanya tetap berada didalam neraka jahanam… tidak perlulah menyalahkan sebelah pihak kerana menghasut… diri mempunyai akal fikiran yang dianugerahkan Allah…mengapa lupa menggunakannya disaat untuk berbakti dan beramal soleh kepadaNya… inilah yang perlu dipelajari sedalam-dalamnya supaya tidak lupa dengan dunia yang saban hari makin cantik sehingga tidak mampu untuk menempis kecantikannya dan terpesona sehingga iman hanyut ditelan zaman…. Adakah seseorang yang beriman itu akan kalah kepada godaan… orang yang beriman melakukan perkerjaan semata-mata untuk ibadah… ibadah merangkumi segala-galanya… termasuk yang nyata mahupun yang tidak… jika berpegang teguh kepada sesuatu sudah tentu setiap detik akan hadir amal-amal yang soleh dan akan mendapat pahala yang tidak terhingga… sesungguhnya Allah maha penyayang dan pengasih kepada hambaNya…

“demi masa… sesungguhnya manusia itu dalam kerugian… kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berwasiat (nasihat-menasihati) dengan kebenaran dan berwasiat dengan kesabaran…”
Surah Al-‘Asr (Masa) ayat 1-3

Adakah diri ini berpesan dengan kesabaran dan kebenaran… sedangkan masih menggunakan perkataan-perkataan yang meyinggung perasaan seseorang yang ingin menuju kepada Allah… adakah masih lagi beriman setelah menghilangkan kesabaran yang telah diberikan… sabar adalah separuh dari iman… bagaimana pula jika orang yang beriman marah atau seseorang yang beriman tidak tahu erti kemarahan… jika begitu tidaklah belakunya peperangan antara yang beriman dengan yang tidak… ini terjadi bukanlah kerana mereka menghilangkan kesabaran itu tetapi hanya bertujuan untuk mengingatkan mereka yang jauh dari sisi Allah untuk kembali kepangkuanNya… sebab itulah mereka rela mati untuk memperjuangkan kebenaran yang dibawa… bukan seperti manusia akhir zaman yang sanggup mati demi untuk menutup kesalahan sendiri… siapa yang benar dipersalahkan kerana tiada kepentingan dalam urusan duniawi mereka… mereka hanya mencari pangkat, harta yang sementara… sedangkan akhirat jualah tempat untuk selama-lamanya… pilihlah jalan penentu antara hidup didunia yang sementara atau akhirat yang kekal selama-lamanya… jangan menjadi manusia yang bongkak dan sombong kerana akan dihitung satu persatu amalan antara baik atau buruk amalan itu diri ini yang melakukannya…. perlukah menyalahkan manusia lain sedangkan diri yang memasaknya dan menyuapkan kedalam mulut sendiri… Allah sentiasa menduga siapa yang menyayangi dunia dan siapa pula yang menyintai akhirat…percaya atau tidak, diri yang memilih jalan untuk hari yang bakal menjelma… adakah orang-orang beriman tidak percaya kepada syurga dan neraka… Tarikat mampu menunjukkan seseorang itu menuju kejalan yang lurus… jangan lupa kepada Tarikat yang berada didalam hati, akal, nafsu dan rasa… kerana apabila lemah mampu membuat seseorang itu jauh meninggalkan kebaikkan…

“adakah orang yang taat (patuh mengikut Allah) pada waktu malam seraya sujud dan berdiri, lagi takut akan (seksa) akhirat, serta mengharapkan rahmat Allah (sama dengan orang yang durhaka)? Katakanlah : Adakah sama orang yang berilmu pengetahuan dengan orang yang tidak berilmu (pengetahuan)? (tentu tidak). Hanya yang menerima peringatan ialah orang-orang yang berakal… katakanlah : wahai hamba-hambaKu yang beriman, takutlah kepada Allah! Untuk orang yang berbuat baik didunia ini ada juga kebaikkan… dan bumi Allah itu luas… orang-orang yang sabar disempurnakan pahalanya tanpa terhitung… katakanlah : sesungguhnya aku disuruh, supaya aku menyembah Allah, serta mengikhlaskan agama (pegangan) bagiNya… dan aku disuruh pula, supaya aku orang yang mula-mula islam (patuh dan taat kepada Allah)… katakanlah : sesungguhnya aku takut akan seksa hari yang besar, jika aku menderhakai Allah… katakanlah : hanya Allah aku sembah, serta mengikhlaskan agamaku (peganganku) bagiNya… maka sembahlah olehmu (wahai orang-orang yang ingkar) apa-apa yang kamu kehendaki, selain daripadaNya... katakanlah : sesungguhnya orang-orang yang rugi ialah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri dan keluarganya pada hari kiamat, Ingatlah! Itulah kerugian yang nyata…”
Surah Az_Zumar (berbondong-bondong) ayat 9-15…

Jadi perlulah mendalami dan memperlajari Ilmu Tarikat dengan sedalam yang mungkin supaya mengetahui apa itu tipu daya dunia… adakah salah seseorang itu berkata tentang agama… adakah sesat seseorang itu jika berkata tentang kebesaran Allah… adakah terpesong iman seseorang itu jika menyeru manusia untuk menuju kepada Allah… diri ini yang tidak memahami… mengapa menyalahkan manusia lain yang ingin menuju kepada Allah… mengapa tidak menunding jari ke arah sendiri dan mengatakan diri ini yang perlu memperlajari untuk menuju Allah… lalu diangkat untuk menjadi kekasihNya… jadilah manusia yang patuh dan taat kepada perintah Allah… bukan menjadi manusia yang hanya pandai bercerita tetapi tiada isi didalamnya… dengan ingatan yang kuat kepada Allah mampulah meneroka lebih dalam lagi IlmuNya tanpa ada liku-liku kepenatan untuk terus taat dan patuh… bukan menjadi manusia yang ingat kepada Allah ketika beramal tetapi lupa ketika berseronok… ingatan itulah Tarikat… menarik sesuatu yang berharga disebalik perkataan…

Perjalanan jauh meredah gunung berliku …
Untuk menuju ke arah Allah yang satu…
Ilmu Tarikat tersimpan sekian lama menunggu…
Siapa yang mampu menarik jika tersembunyi disitu…

6 ulasan:

  1. Salam Dhamah Syifflah,

    Di atas syariat, mari bertariqat
    dalam hakikat mencari
    makrifat

    Tiada kita bila,
    ada Dia

    BalasPadam
  2. mati itu adalah pilihan terbaik...
    bagi diri yang merindui...
    WujudNya Dia...
    tiadalah semua...
    melainkan hanya Dia...

    BalasPadam
  3. Subhanallah.. Allahu,Allahu,Allahu..

    Tarikat yg di ajar Rasulullah kata guru ku adalah di hati tempatnya.. Zikrullah padaNya setiap saat.. Setiap masa..
    DIA yg mentadbir kita,mengatur kita,Menggerakkan kita,Mengizinkan kita merasa akan kewujudan kita,Mengizinkan kita mengingatiNya. Kembali kepadaNya sebelum dikembalikan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah.. saya menyokong apa yg TuaN Assiddiq katakan...

      >> selagi adanya amala untuk mndekatkn diri kepada Allah yg maha satu.. selagi itulah kita akan diperlihara olehnya.. Percayalah dan berniatlah untuk mendekatkan diri kita kepadanya..
      Semoga Allah merestui segala amalan yang kita laksanakan kepadanya.. Amiiiinnnnn... (y)

      Padam
  4. benar Assiddiq...

    kembalilah kepadaNya...
    sebelum dikembali kepadaNya...

    Tarikat adalah perjalanan...
    supaya memahami setiap perjalanan...

    BalasPadam
  5. siapa dapat,dia lah yg rasa..ada dan tiada hanya dia..

    BalasPadam