Bukanlah aku tewas di pelayaran
Di baham ombak gelora lautan
Sehingga tergamam, diam kelihatan
Cuma, merasa berpijak di daratan
Biarpun memakan ribuan tahun
Sudah tidak berada dikocakan
Namun masih aku menapakan
Memandang luas di tepi belabuhan
Melihat-lihat riang
Bahtera timbul dan hilang
Di bawa arus yang datang
Mungkin tidak akan pulang
Setiba kejadian itu berulang
Masih teriang-iang di pandang
Bukanlah aku tewas di pelayaran
Ataupun ketakutan menerjah perasaan
Berhentinya kerana satu kejadian
Bahtera belayar mencari penawar
Musnah dan tersasar
Biarlah terkurung di sangkar
Bagai burung di dalamnya tidak pernah lapar
Sentiasa ada makanan, tersenyum rianglah dia berhibur
0 ulasan:
Catat Ulasan