Rabu, 12 Ogos 2009

APA ITU ISLAM

Apa itu islam… adakah sekadar perkataan untuk menentukan agama yang dibawa atau merangkumi makna yang lain… Islam berasal dari bahasa arab ertinya sejahtera, aman, harmoni dan dari segi istilah bermakna menyerah diri dengan mentauhidkannya dengan penuh kenyakinan… islam membawa kesucian dan kebersihan yang kuat untuk menuju kejalan Allah untuk kembali kepadaNya… membuatkan sesuatu itu menjadi putih hingga tiada lagi kesan yang akan mencalarkan untuk kembali kepada Allah… jika segalanya sudah bersih dan suci tiada lagi yang akan mengganggu untuk sentiasa melakukan amar makhruf nahi mungkar… kerana itulah awal-awal rukun islam itu mengandungi perkataan Tiada Tuhan Selain Allah… seperti sabda Rasulullah “Awal Ruddin Marifatullah” membawa maksud awal-awal agama mengenal Allah… Islam merangkumi pelbagai aspek yang mendalam untuk menjadikan sentiasa tunduk akan kekuasaan Allah… malah membuatkan diri lenyap supaya dapat menggengam rahsia yang tersimpan didalam satu titik tetap… apakah rahsia yang tersimpan didalam perkataan islam itu… adakah aman, serah, patuh, taat, suci, bersih atau pelbagai makna atau tafsiran yang lain…

“Ingatlah! ketika Allah berfirman kepada Ibrahim : Islamlah engkau! Jawapnya : aku telah Islam (patuh dan taat) mengikut Tuhan Semesta Alam…”
Surah Al-Baqarah ayat 131…

Islam terlalu istemewa sehingga tidak perasan bahawa dalam setiap kalimah yang tersusun mengandungi beribu-ribu persoalan berbeza-beza… bagaikan ada teka-teki didalam kalimah yang tersusun didalam islam… Allah menciptakan manusia supaya manusia itu meneroka kalam-kalamNya dengan menggunakan akal fikiran yang telah dikurniakan… dengan akal yang sihat digabungkan dengan hati yang suci bersih dapatlah membuka Nur yang telah ada sekian lama… Nur Allah mengandungi pelbagai jenis mengikut kepada tahap kecergasan akal fikiran dan hati yang patuh dan taat kepada perintahNya… Sabda Rasulullah s.a.w. dari Anas r.a. maksudnya… "Dari keimanan itu terpancarnya hal-hal kebaikan"…. dengan adanya niat yang benar-benar tepat disisiNya akan terhasillah rahmatNya kepada sesiapa yang sanggup mencari dan menyelongkar segala apa yang terkandung didalam alam ini dengan niat yang suci dan bersih sepertimana yang diajar didalam islam itu… Sabda Rasulullah s.a.w. dari Umar r.a. maksudnya… "Semua amal perbuatan itu adalah berpunca dari niat dan bagi setiap orang itu adalah menurut apa yang diniatkan"… jika hanya sekadar minum seteguk lalu menganggap telah hebat tanpa menitik beratkan apa yang telah Rasulullah sampaikan… lupakan sahaja niat untuk terbang kegerbang yang dinanti… kerana gerbang akan terbuka jika perjalanan yang dilangkah menggunakan akal fikiran, hati yang suci dan nafsu yang bersih digabungkan pula dengan rasa dan niat yang tepat disisi Allah lalu berjuang menegakkan kebenaran yang telah dibawa kekasih Allah dimuka bumi ini… akan hadirlah hati yang telah Makrifat kepada Allah…

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman… orang-orang yang berhijrah dan berjuang pada jalan Allah… mereka itu mengharapkan rahmat Allah… Allah maha pengampun lagi maha penyayang…”
Surah Al-Baqarah ayat 218…

Nabi Muhammad mengajar manusia supaya mengenali Allah dengan Islam… Islam didatangkan Allah untuk digabungkan dan disempurnakan segalanya supaya menjadi kuat dan teguh malah bersatu untuk berjuang dalam mencari Nur Allah… kerana itulah Allah menurunkan para-para Nabi dan Rasul… supaya tidak ada yang lupa untuk mengingati Allah didalam menghuruskan hal-hal dunia yang sementara waktu ini… bersyukurlah dengan pemberian yang telah diberikan Allah… telah dihidupkan didalam islam itu malah dinaikkan martabat untuk menjadi insan yang kuat kepada peganggan dan mudah untuk kembali kepadaNya… tetapi mengapa ada juga melupakan apabila telah melihat kecantikan dunia atau sememangnya mengimpikan untuk terus hidup kekal didunia? Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya… "Barangsiapa yang bertaubat kepada Allah selagi belum terbit matahari dari arah barat, maka Allah menerima taubatnya…" Sesungguhnya rahmat Allah itu hampir kepada manusia yang sentiasa mengingatiNya… adakah aku sentiasa mengingatinya atau berpura mentaatiNya? sesungguhnya Allah mengetahui diluar dan didalam… mampukah aku lari kemana-mana sedang Allah Maha Melihat? jika perkataan tidak terluah, kembalilah kepada Allah yang maha pemurah lagi maha pemaaf…

“Alif Laam Raa... Ini ialah Kitab (Al-Quran) Aku turunkan dia kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman… dengan izin Allah… ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji… Allah jua yang memiliki segala yang ada di langit serta yang ada di bumi… dan kecelakaan besar bagi orang-orang yang kufur ingkar (terhadap Al-Quran) dari azab yang amat berat (yang akan menimpa mereka kelak)… Orang-orang yang mengutamakan dunia lebih daripada akhirat… dan menghalangi manusia dari jalan Agama Allah… serta menghendaki jalan itu menjadi bengkok terpesong… mereka itulah orang-orang yang terjerumus ke dalam kesesatan yang jauh terpesongnya… Dan Aku tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka.... Maka Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya)… juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya)… dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana…”
Surah Ibrahim ayat 1 hingga 4…

Islam menegaskan hukum-hukum dari Allah… Wajib, Haram, Sunnat, Makruh dan sebagainya… hukum-hukum ini terbahagi kepada beberapa faktor dan aspek… dengan melihatkan keadaan seseorang yang menerima ujian dariNya… sesungguhnya bukan manusia yang menghukum tetapi Allah yang menghukumnya… hukum-hukum ini diturunkan supaya manusia mengerti akan perjuangan hidup didunia… tidaklah hanya mengikut hawa nafsu dan cenderung melakukan maksiat… dengan adanya hukum-hukum sebegini didalam islam… dapat mengajar manusia supaya mentaati dan patuh kepada perintah Allah… tidaklah Allah membuat hukum-hukum ini untuk menyeksa manusia melainkan menjaga manusia supaya tidak cenderung mengikut syitan… mengapa adanya hukum-hukum sebegini didalam islam… persoalan demi persoalan akan dipertengahkan oleh hati, rasa, nafsu dan akal… kerana inginkan kepastian dari soalan, mengapa? kenapa? bagaimana? apa? dan sebagainya lagi soalan yang bermain dibenak jiwa... dan apabila jawapan terhasil, disinilah membentuk pula iman yang percaya kepada Allah… lantas teguhlah iman sehingga mendatangkan Makrifat… dari istilah Islam sahaja dapat terus menerus membawa sampai kepada Allah… hanya kerana perkataan Islam… tidak perlu mempelajari sedalam-dalamnya jika tidak mampu… cukuplah dengan perkataan Islam… sesungguhnya Allah melihat hamba-hambaNya yang khusuk melakukan Ibadah suruhanNya… kerana hambaNya patuh mengikut suruhanNya didalam Islam akhirnya diangkat menjadi kekasihNya…

“Dan (ingatlah) ketika Allah memberitahu… “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras…” Dan Nabi Musa berkata… “Kalau kamu dan sesiapa jua yang ada di muka bumi seluruhnya berlaku kufur ingkar… maka (hal yang demikian tidak merugikan Allah) kerana sesungguhnya Allah adalah Maha Kaya lagi Maha Terpuji… (Mengapa kamu masih berdegil) bukankah telah datang kepada kamu khabar berita orang-orang yang terdahulu daripada kamu iaitu kaum Nabi Nuh dan Aad juga Thamud serta orang-orang yang kemudian daripada mereka…? Tiada sesiapapun yang mengetahui bilangan mereka melainkan Allah... Mereka telah didatangi oleh rasul-rasul mereka dengan membawa keterangan-keterangan yang nyata… lalu mereka meletakkan tangan mereka ke mulut mereka sambil berkata… “Sesungguhnya kami kufur ingkarkan apa yang… mengikut dakwaan kamu… kamu diutus membawanya dan sesungguhnya kami adalah dalam keadaan yang meragukan terhadap iman dan tauhid yang kamu ajak kami kepadanya…”
Surah Ibrahim ayat 7 hingga 9…

Islam itu suci…
Membuka gerbang hakiki…
Membawa menjadi sufi…
Hingga diri mati…

1 ulasan: