Hidupku terumbang-ambingditikam lembing datang dibaling;
Biarpun kayu pancang aku jadikan palang
kayunya patah tidak dapat menghalang.
Mujur hanya mencengkam
lengan mendatangkan lebam;
Biarpun kaki dapatku gerak
namun serpihan kayu bertaburan rebak.
Berhati-hatilah akan aku
melangkah agar tidak kaku;
Namun manusia ada lena
lelap leka akhirnya mendatangkan luka.
Di sini aku
memandang luka-luka lalu;
Apabila melihat kesan luka semakin mencantum
sedarlah akan aku, disebalik tikaman lembing berdentum
masih ada bunga mengeluarkan wangian kuntum.
Rabu, 21 Ogos 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan