Rabu, 21 Ogos 2013

Meniduri Mimpi...

Di kejauhan tempat tinggi
memeluk langit tanpa segi;
Aku di situ membiarkan
gelap menyerang beranggapan.

Ia tidak melihat akan cahaya
maka, mungkin... menjadi tanda tanya;
Benarkah? menyelinap sukar percaya
ia seboleh cuba menganiaya
agar kau terperangkap di lembah maya.

Bukakan mata, bukan yang berada disisi muka
penglihatan yang aku sendiri tidak tahu dari mana;
Bukakan mata, padahal aku pejam
meniduri mimpi dengan lanjam
mata bajak membalikkan tanah dengan tajam.

Aku di situ membiarkan
kabus hitam menutup pandangan
kerana keyakinan;
Kau akan kembali
dari mati kepada mati
dari hidup kepada hakiki.

0 ulasan:

Catat Ulasan