Melilit tali di puncak tinggimelebar layar menyusur duri;
"Itu semua kulakukan sendiri"
jeritku mengepak dikaburi.
Satu persatu ombak
kuredah biarpun didih melembak;
"Tiada khuatir timbul rebak"
jerit lagakku mula menembak.
Saban hari kulayarkan bahtera
tidur lena siap sedia di tempat tera;
"Bijakku mengatur susunan tanpa sera."
jeritku berkumandang kian mara.
Namun, aku sedar
belayar mencari penawar
hanya menitiskan air tawar.
Aku alpa lupa
masih beratap langit hujan akan menerpa;
Di atas air arus melepa
di bawahnya ada tanah sembunyi rupa.
Guruh berdentum
aku donggak diizinkan rapat cantum;
"Kau segalanya bawalah aku menguntum"
Jeritku tidak lagi berbunyi lentum.
Rabu, 21 Ogos 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan