di rentas di cantas
setiap halangan di hadapan
biarpun luka parah menusuk
biarpun ketawa suka
mengalirkan airmata
tetap akan berakhirnya cerita
bagai masa berganti masa
bulan berganti bulan
dan tahun berganti tahun
jalan mahupun tidak
berlari mahupun tidak
berdiri mahupun duduk
tetap berganjak
selangkah selangkah
tidak berkata tidak, tidak
rela mahupun tidak
tetap akan berakhirnya cerita di tahun sudah
ada kenangan suka duka
ada juga kenangan tanpa rupa
tidak dapat diketahuai apa jadinya
setiap hari jalan, jalannya
terlepas juga satu hari cerita
hendak di ingat semakin lupa
lupa pula akan semalamnya
hendak mahupun tidak
tetap akhirnya cerita terpadam
terbaring diam
hitam gelap
melihat tiada
bersuara tiada
mendengar moga ada doa-doa
Sabtu, 31 Disember 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan