Khamis, 8 Disember 2011

Namamu Lokman...

Hai!! Lokman
Lelaki tampan
Jangan hanya simpan
Apa yang digenggam ditapak tangan
Bukalah, dan aku bacakan

Hai!! Lokman
Jejaka idaman
Katakanlah: aku dalam kebinasaan
Sanggupkah kau tarik,
bawa aku di daratan

Hai!! Lokman
Genap tahun dan bulan
Di kala ini kau meningkat kedewasaan
Jauh lagi menyusur ke laman
Taman-taman penuh kelayuan
Taman-taman penuh kedurian
Taman-taman penuh kehitaman
Namun kakimu di kuatkan
Dengan azam dan tekat menuju kepangkalan

0 ulasan:

Catat Ulasan