Masa berlalu pantas
Tanpa sempat di cantas
Aku terseksa
Aku merana
Kerana kau yang punya nama
Masa terbuang melayang hilang
Akal aku di terjah terjah
Hati aku di calar parah
Kenapa mesti aku gelisah
Setelah seksa mencuruh
Perlukah aku pasrah?
Dan terus resah gundah
Bersarang sarang
Aku bahagia
Aku ketawa
Kerana kau yang punya nama
Masa terbuang melayang hilang
Akal aku puas meneroka
Hati aku puas gelak tawa
Kenapa mesti aku suka
Setelah mencurah bahagia
Perlukah aku terima?
Dan terus bergelak tawa
Bersarang-sarang
Di mana pun tempat singgahnya aku
Di mana pun tempat tetapnya aku
Aku seksa aku bahagia
Kerana kau yang punya nama
0 ulasan:
Catat Ulasan