Hikayat Keris Laksamana terpadam jua
Hilang gagahnya laksamana
Di buai cinta Laela Syakura
Kau datang Laela
Kau hadir Syakura
Lenyap bayang laksamana
Lari, membiarkan aku rasa cinta
Mana keris pusaka?
Laksamana habiskan cerita
Jangan dibiar ia musnah binasa
"Cukup pujangga
Hentikan kata-katanya
Jangan bikin Laela Syakura
Hilang menjadi aku tiada
Gapailah cintanya
Dakaplah kasihnya
Maka, berita kabar di bawa
Jangan biarkan dia tiada"
Laksamana, hiba kabar di bawa
Usah lenyap bersembunyi di sana
Hampirlah, bawakan rangkap bahagia
Tinggal akhir bibit-bibit bicara
Jangan kerana Laela Syakura
Kita berpisah jauh di sana
"Cukup pujangga
Jadilah sama tidak terpisah isinya
Biarpun gerak langkah berbeza
Cintanya Laela Syakura tiada duanya
Datangnya kerana rindu cinta
Datangnya kerana kau itu dia
Maka, tamatlah kisah kita"
"Jangan laksamana
Jangan melangkah ke sana
Leala datang hanya sementara
Syakura hadir membawa cinta
Rapatlah kamu berdua
Jangan di biar hilang isinya
Jika hilang, maka Laela Syakura
Turut hilang melayang songsang binasa"
Laela Syakura, jangan engkau bersuara
Aku tidak ingin kehilangan cinta terbina
Laela Syakura, jangan engkau berbicara
Aku tidak ingin kehilangan rindu di jiwa
"Maka, pilihlah mana asal datang kata
Andai kau pilih laksamana
Maka, lenyaplah Laela Syakura
Andi kau pilih cinta
Maka, lenyaplah Hikayat Keris Laksamana"
0 ulasan:
Catat Ulasan