Selasa, 15 November 2011

Aku Bukanlah Siapa-Siapa 3

Aku bukanlah doktor,
dapat merawat segala luka
Aku bukanlah pelukis,
dapat melakar manis rupa
Aku bukanlah laksamana,
dapat tumpas riaknya durjana

Kerana aku bukanlah siapa-siapa
hidupnya aku rahmat darinya Dia
agar aku berjalan menceduk gembira
dalam manis duka bernama manusia

Kau pakar dalam rawat luka jiwa
sembuhkan sakitku, agar aku kenal cinta
Kau pakar dalam membentuk rupa
maniskan senyumku, agar aku kenal gembira
Kau pakar dalam pertarungan yang ada
tumpaskan saki baki riak mencengkam jiwa

Tiadalah dapat aku ubah satu pun jua
Kerana aku bukanlah siapa-siapa

0 ulasan:

Catat Ulasan