Sering aku bertanya
Masihkah ada rindu cinta
padamu kasihku
Sering aku bertanya
Masihkah aku setia
padamu kasihku
Telah lama ku pendam
Soalan-soalan silam
Buntu, buntu aku mencari jawapan
Malam-malam itu terus berwarna hitam
Sering aku memandang bintang
Melayan perasaan sayang
Semakin hilang
Sering aku memandang bulan
Menghirup segala kesetiaan
Semakin aku hampiri semakin hilang didakapan
Aku cari-cari wajahmu
Di malam-malam yang penuh buntu
Dan aku bertanya
Masihkah ada rindu cinta setia
Tiba-tiba hujan menyapa
"Di sana di cari tiada
Di sini di cari tiada
Buka mata tutup mata sama
Menangislah dia sepuasnya
Maka lihatkan asalnya
Adakah sama dengan akhirnya
Andai bertemu maka,
Ucaplah sebelum kasih sayangmu hilang
Ditelan mendung-mendung yang datang"
Dan ketika itu
Aku terus berlari, menuju
Kau yang ada di depan mataku
Dan kini
Soalan itu berkumandang lagi
Masihkah ada rindu cinta
Bila hujan menjelma
Aku tersenyum suka
Menunggu rangkap seterusnya
"Pejam, pejam lena mata
Tidurlah, jangan difikirkan derita
Jodoh yang ada
Jangan dibuang-buang rasa
Kau akan beroleh bahagia
Lihatlah dia, kau akan lihat dia"
Isnin, 31 Oktober 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan