Isnin, 17 Oktober 2011

Rindu Tetap Menanti...

Bintang bersinar
menerangi pelayaran ini
mengejutkan berjuta mimpi
Tenggelam timbul dan pergi

Sedang merayau akal memutar kata
ombak menyingkap takbir jendela
membuka terus di buka
Patahlah tiang, runtuhlah segala
tanpa tinggal walaupun secubit rasa

Antara sedar mahupun alpa
Langit mendung hujan mencurah airmata
Lebat menitis mengharapkan cinta
Atau itu semua sudah tiada
Hanya mengeluarkan perkataan tertera

Di mana tersembunyi
rindu tetap menanti

0 ulasan:

Catat Ulasan