Langit, awan suram
berwajah sayu
Penuh rindu
Berkocak ombak di kalbu
Bintang-bintang terpampang
diterang-terang siang
Aku lihat ia berenang, tenang
Aku rindu, aku rindu
berkocak ombak di kalbu
Aku melihat matahari
di kala malam menjelma
indah-indah, sinar-sinar pancarannya
Bergetar nadi mengolah bahasa
Berkocak ombak rindu di jiwa
Malam siang jadi satu
kerana aku buntu
gila merajai akalku
Kerana engkau, cinta pertamaku
0 ulasan:
Catat Ulasan