Isnin, 31 Oktober 2011

Buih Mana Namamu...

Angin bertiup
Ombak menghempas
Berkocaklah air
Menjadi buih-buih
Dalam satu lingkaran
Di panggil lautan

Andai ia bersatu
Andai tidak
Maka, berbezalah panggilannya

Buih tetaplah buih
Biarpun ia dari air
Tetap itulah panggilannya
Biarpun berkurun-kurun waktu berlalu

Andai ia bersatu
Dipandang-pandangan
Biarpun dari jauh ia kelihatan
Mencanak-canakkan buihnya
Pandangan itu dipanggil lautan
Lautan yang penuh panggilan nama di dalamnya
Ia telah bersatu memusnahkan nama yang ada

Andai ia bersatu di lautan
Andai ia bersatu di daratan
ataupun di angkasa
mahupun dicakerawala
Buih mana namamu yang dulu

Andai lautan, daratan
angkasa, cakerawala bersatu
Apa pula namamu
Buih masih adakah nama asalmu
mana namamu, buih...

0 ulasan:

Catat Ulasan