Khamis, 6 Oktober 2011

Belayar Mencari Penawar 39... (Menerjah)

Masih terasa
Biarpun bertahun lena
Meninggalkan lautan samudera
Penuh kocakan kata

Memulihkan ingatan parah
Melayarkan bahtera gagah
Yang dulunya musnah
Di rentap ombak menerjah

Tiupan angin berlagu, sayu
Meneroka dipersimpangan itu
Pada titisan-titisan yang meluru
Menerjah ke gegendang kablu
Memanggil-manggil rindu

Tidak pernah gentar
Belayar dan terus berlayar
Mencari-cari penawar
Biarpun tersasar,
Merobekan bahtera, terkurung di sangkar
Itu semua, tidaklah sukar

Namun pada saat-saat akhir
....
....

Ingatan itu menerjah
Mengembalikan memori indah
Menghilangkan resah
Menjunamkan untuk terus menerjah
Belayar dan belayar hingga musnah
Tidak menampakan segala yang menerjah

0 ulasan:

Catat Ulasan