Aku cuba kejar mimpi-mimpi indah
Biarpun acapkali gundah
Bernanah resah
Bercalar parah
Tetapkan aku tunggu
Putaran berubah laku
Melonjakan rasa rindu
Mencengkam dikalbu
Kerana aku...
Dengar keperitan lalu
Menjerit perit
Hingga terhimpit
Dilorong sempit
Mengharapkan keluasan
Mengharapkan kedamaian
Harapan sebuah permainan
Didunia serba kerosakan
0 ulasan:
Catat Ulasan