hendak bermadah tiada kata
kelu lidah memutarkan bahasa
kaku jari memegang pena
kerana malam semakin gelita
semakin hilang bintang bercahaya
mungkin akan padam sinarnya
apabila mendung datang bersahaja
menerjah melupuskan terangnya
namun biarlah tenggelam arusnya
dibuai hitam-hitam warna
esok lusa pasti kemali juga
malam penuh sinar bercahaya
Isnin, 19 September 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan