Malap bintang dimalam ini
Menjadikan sepi, sunyi
Mengalirkan airmata dihati
Sebak melanda kini
Pujangga berkata
"Andai airmata ini mengalir
Kerana rindu padaNya
Alangkah indah cinta
Namun hakikatnya
Hanyalah turun
Rintik-rintik tersepit"
Sedaya upaya
Digagahkan bahtera usang
Membelah air pasang
Mengikut rentak yang datang
Agar tidak hilang
Kiraan yang dibilang
Namun kesudahannya
Tetaplah kosong
Tiada
0 ulasan:
Catat Ulasan