Lihatlah aku
Pandanglah aku teman
Banyak masa telah terbuang
Hilang melayang ditelan zaman
Sakit di setiap jalan-jalan panjang
Sekurang-kurangnya
Telah aku berusaha
Melakar waktu-waktu buat kau bangga
Biarpun aku berpura-pura
Merubah citarasa
Hanya kerana ingin bertahan lama
Kerana semua akan hilang
Hilang tanpa dapat di tahan
Dan sekarang sudah terlambat
Untuk aku berpatah semula
Mengolah madah pujangga
Seperti sedia lama dahulu
Aku bukanlah sempurna
Bukanlah wira perlu dibangga
Namun aku ada satu kata
BERNOKTAHKAN HITAM untuk selamanya
Terus berjuang menlakar dunia
Dengan madah pujangga
0 ulasan:
Catat Ulasan