Ahad, 14 Ogos 2011

Jawapan Terakhir...

Langit kelam
Hujan di sekeliling
Pancaran cahaya hanya dari bulan
Mengejutkan penglihatan
Melihat pada arah-arah tuju

Akankah banjir?
Berjujuran hinggap ke wajah
Membuktikan aku bersalah
Penuh gelisah, bertanda tanya
Soalan semakin parah

Berikan aku sebab
Jangan biarkan langkah lambat
Menukir-ukir ilham yang padat
Dalam fikiran yang sendat
Penuh sesat
Tanpa jawapan selamat

Dan akhirnya
Setitik air itu turun
Tepat mengena
Melakarkan BERNOKTAHKAN HITAM pada akhir jawapannya
(titik)

0 ulasan:

Catat Ulasan