Jumaat, 19 Ogos 2011

bintang samar-samar...

dalam samar-samar malam
memandang bintang dikaki langit
biarpun cahayanya tidak mengena
namun sejuk, hati rasakan
masih ada kelipannya dia

biarpun air mengalir deras
menyucikan debu-debu berterbangan
tidak cukup airnya itu
biarpun ditambah
sepurnama lamanya lagi

itu ketika melihat adanya dia
tika ini mendung menyapa
memberikan gelap adanya dia
menyembunyikan dalam terangan-teranganya
samar-samar yang ada hanya pada cahaya
itupun bukan cahaya azali
cahaya yang diubah warna-warnanya
agar dipandang indah-indah belaka

dan akhirnya terpadam
terpadam kerana warna hitam
dititikkan akhir pada kertasnya (BERNOKTAHKAN HITAM)
buntu menerkam
apa jawapan terakhirnya dia?
ada atau tiada
apa yang ada? apa yang tiada?

bagaikan bintang masih samar-samar
sekejap menyala sekejap terpadam
jika kenal akan sifatnya dia
maka jawapan terakhirnya...
dititikkan (BERNOKTAHKAN HITAM)
apa jawapan terakhirnya dia?
ada atau tiada
apa yang ada? apa yang tiada?

masih belum dititikkan rupanya

0 ulasan:

Catat Ulasan