tolak, tolak aku lagi
jangan tambah, tambahkan
engkau bahagi, bahagi cinta jadi dua
berapa kali, kali engkau ulangi
tolaklah aku ke jurang itu
kau tambahkan beku di kepalaku
bahagi, bahagikan rasa satu padaku, biar kurang
usah di kali-kalikan, menjadi dua dan seterusnya
beku kepalaku ditolak-tolak
sakit jantungku ditambah-tambah
lemah rasaku dibahagi-bahagikan
pening berputar bila dikali-kalikan
Jumaat, 22 Julai 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan