Selasa, 19 Julai 2011

Sekadar Bayang....

Kau sembunyi di tengah cahaya
Terang namun hampa, buta
Meraba jua mencari cinta
Sedang dihadapan itulah dia
Aku... meronta

Gagah langkah mencari cinta
Di teroka hutan belantara
Di cantas semak menghalang mata
Pergi pula belayar ke sana
Bahtera... melayang hilang

Ombak menerpa membawa pulang
Secebis cinta memanggil datang
Bukakan mata lihatkan terang
Itulah sekadar bayang-bayang
Tiada... itulah aku sekadar bayang

0 ulasan:

Catat Ulasan