Isnin, 23 Mei 2011

Rantai Rindu 3...

Ungkapan cinta sehalus sutera

Halusnya menyulam seribu makna

Rantai Rindu melakarkan pujangga

Dibenak hati tertanam bunga


Indah kata membuka cinta

Ditaman bunga asyik bermesra

Rantai Rindu bukakan jiwa

Berdenyut nadi ingin bersama


Selang seli denyut nadi

Bertanya dimanakah kunci

Andai ada tersimpan disini

Bukakan Rantai rindu ini

Biar terbuka tiadalah rahsia lagi


Rantai Rindu mengikat cinta

Tidak ke sini tidak ke sana

Katakan usah dusta

Kau benar-benar kabarkan berita

Rantai Rindu terbuka bersuara setia

0 ulasan:

Catat Ulasan