Rabu, 28 Oktober 2009

Aku Gila...

Melihat onak duka...
Hidup duniawi...
Menjelajah aku...
Belayar mencari penawar...

Tetapi mereka kata...
"Kau akan gila...
Kau tidak akan berjumpaNya..."

Tersenyum aku...
Melihat telatah mereka...
Ketakutan pula...
Melihat aku kesana...

Lantas aku berkata...
"Gila aku kerana Dia...
Jika gila yang hendak diberi...
Sudah tentu orang gila masuk syurga..."

Tiba-tiba...
Menitis satu persatu air...
Terkenang akan perjuangan RasulNya...
Mereka tidak peduli...
Walaupun mereka dikatakan gila...
Mengapa...
Adakah jawapan untuk itu...

Layakkah hamba sepertiku...
Mencari sinar itu...
Jika gila dapat membantu...
Aku akan jadi gila...
Hanya untukMu...
Ya Allah...

Akan aku laungkan...
NamaMu...
Allah Hu Akbar...
Allah Maha Besar...
Walaupun mereka berkata...
"Kau sudah gila..."

10 ulasan:

  1. Dalam gila ada warasnya,
    Yang tak dpt dijejak mata,
    Dalam sepi,
    Ada meriahnya bagi yang mengerti,
    Dalam tangis,
    Ada manis yang tak tertulis,
    Dalam diam,
    Ada kata2 yang tak terakam,
    Dalam alpa,
    Ada ingat akan DIA,
    Begitu garis panduannya,
    Bagi yang bersedia,
    Menjiwa AGAMA.

    BalasPadam
  2. salam sahabat,

    Terima kasih atas siraman
    patahmu di blogku, ia
    menyejukkan jiwaku

    Aku, kini sedang diuji oleh-Nya
    dengan apa yang disebut-Nya
    di dalam Al-Quran

    BalasPadam
  3. kembali sepi...

    benar katamu...

    itulah garis panduan...
    yang tertera dalam kalimahNya...
    bersedia atau tidak...
    bolos sahaja dinding itu....

    BalasPadam
  4. abuyon...

    setiap manusia akan diuji...
    begitu juga aku...

    “Aku akan perlihatkan kepada kau tanda-tanda kekuasaan Aku di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri kau sendiri... sehingga ternyata jelas kepada kau bahawa Al-Quran adalah benar... Belumkah ternyata kepada kau kebenaran itu dan belumkah cukup bagi kau bahawa Allah mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?... Ingatlah!Sesungguhnya mereka (yang ingkar) sentiasa berada di dalam keadaan syak dan ragu-ragu tentang pertemuan dengan Allah... Ingatlah! Sesungguhnya Allah Maha Meliputi pengetahuanNya akan tiap-tiap sesuatu...”
    Surah Fussilat ayat 53 dan 54...

    BalasPadam
  5. Semoga kita bersama dipimpin ke arah jalanNya.

    BalasPadam
  6. penabahari...

    mudah-mudahan...
    jalan ke arahNya...
    makin jelas kelihatan...
    Amin...
    Amin Ya Rabbal Alamin...

    BalasPadam
  7. gilakah aku ...?
    jauh lebih gila bila aku mungkin jauh teralpa
    apakah gilaku ini dijanjikan syurga..?

    BalasPadam
  8. e. indah...

    aku suka soalan...
    kau membuatku tersenyum...
    adakah gila ini dijanjikan syurga?

    adakah layak untuk manusia menilainya?
    adakah manusia tahu siapa ke syurgaNya?
    hanya Dia punya jawapanNya...
    berserahlah pada Dia...
    carilah dimana terungkap segalanya...
    pasti ketemuNya...

    gila kerana dunia...
    mampukah bawa kesana?
    gila kerana Allah...
    bagaimana pula?
    adakah gila itu akan bahagia?

    BalasPadam
  9. aku rela GILA kalau itu harga sebuah kapal perjuangan menuju Tuhan.

    :)

    BalasPadam
  10. ummi adibah...

    benar...
    jika itu perjuangan menujuNya...
    menuju kepadaNya...
    dengan mengucap...
    Tiada Tuhan Selain Allah...

    BalasPadam