Khamis, 6 Ogos 2009

Tak'kan Tumpah Doa Perindu

Bergegar segunung rindu…
Gugusan hilang berlalu…
Kasih tersemai didalam hati ku rindu…
Seiring tersebut namaMu…

Tidak seinci tumpah kasihku…
Dalam mimpi sering bertemu…

Asmara doa tumpahan kekasihMu…
Hilang resah cemburu…
Himpunkan doa rindu…
Melepaskan Mu tidak pernah lalu dalam hatiku…
Fikiran ku melayang bila Kau disisi ku…

Redup cahaya mata hati rindu…
Berkumpul dalam doa ku…

Kemana hala tuju untuk ku…
Aku serahkan pada yang satu…

4 ulasan:

  1. salam..

    halus dalam memamah isinya..

    teruskan ya..

    ;)

    BalasPadam
  2. Bila kita asyik dengan-Nya
    pasti tertumpah semerbak
    harumannya ke seluruh
    daerah

    Kita dengan Dia
    orang lain tumpang
    merasa

    BalasPadam
  3. Cahaya Malam...

    tiada yang indah melainkan Dia...
    halusnya Dia dapat dirasa...
    jika memanah tepat kepadaNya...
    Doa itulah tandanya cinta...

    BalasPadam
  4. Abuyon...

    dalam asyik menyebut namaNya...
    sehingga alpa dengan nama sendiri...
    apabila tidak sedar masa berlalu...
    meninggalkan dalam kegelisahan...
    rupanya telah karam...
    ditelan ombak mengganas...
    sehingga lemas dalam dakapanNya...

    BalasPadam