Rabu, 5 Ogos 2009

Soalan Dari Anak

Anakku…
Kau bertanya kepada ku…
Apa erti Islam…
Aku menjawab supaya kau mengerti…
Islam itu patuh dan taat kepada Allah…
Tiba-tiba kau berkata…
Adakah masih Islam jika ingkar kepada Allah…
Aku terdiam mendengarkannya…

Anakku…
Kau bertanya kepada ku…
Apa erti Iman…
Aku menjawab supaya kau mengerti…
Iman itu percaya kepada Allah…
Tiba-tiba kau berkata…
Adakah masih beriman jika percaya sesuatu itu dapat menyembuhkan…
Aku terdiam mendengarkannya…

Anakku…
Kau bertanya kepada ku…
Apa erti Syurga…
Aku menjawab supaya kau mengerti…
Syurga itu tempat kemenangan yang kekal…
Tiba-tiba kau berkata…
Adakah masih mendapat Syurga jika manusia itu ingkar…
Aku terdiam mendengarkannya…

Anakku…
Kau bertanya kepada ku…
Apa erti Neraka…
Aku menjawab supaya kau mengerti…
Neraka itu tempat membakar mereka yang ingkar…
Tiba-tiba kau berkata…
Adakah masih dibakar jika hanya percaya kepada Allah…
Aku terdiam mendengarkannya…

Anakku…
Bukan aku tidak mahu menerangkan…
Sesungguhnya hanya Allah maha mengetahuinya…
Jika aku menghuraikan satu persatu…
Adakah tepat jawapan itu disisiNya…
Belajarlah anakku…
Suatu hari nanti kau akan memahami…
Bahasa-bahasa mereka yang terdiam…