Jumaat, 7 Ogos 2009

Semalam, Hari Ini dan Esok...

Semalam…
Aku bangkit…
Mencari diriku semula…
Dimana kemana arah…
Tiadalah aku mengetahui…
Hanya menyerahkan kepadaNya…
Bukakan langkah yang payah…
Bersilatlah aku meredah…
Terluka digiris kerana alpa…
Memakan diri rebah jua…
Aku bangkit kembali…
Setelah meneliti kalimah…
Terpancar cahaya indah…
Menyusurlah aku menjejakNya…

Hari ini…
Aku berjalan…
Mengalir hujan-hujan…
Membasihi wajah tidak terlihat…
Aku mengusap longlai…
Memeluk erat jasad…
Yang kian reput…
Gagah jua bersilat…
Membersihkan luka alpa…
Menelan pahit semalam…
Aku berdiri mendonggak…
Malu menerpa…
Luntur jasad kebumi…
Sujud akur pada Illahi…

Esok…
Aku akan pergi…
Meninggalkan semua mimpi…
Membelah tanah bersemadi…
Ditutup erat…
Marabbuka… Marabbuka… Marabbuka…
Mengeletar aku ketakutan…
Suara apakah itu…
Mengapa aku tidak sempat…
Semalam telah didendangkan…
Hari ini alpa kembali…
Ya Allah… mana suaraku…
Aku telah bisu…
Kau hilang…
Ya Allah… mana penglihatanku…
Aku telah buta…
Kau hilang…
Ya Allah… mana pendengaranku…
Aku telah pekak…
Kau hilang…
Ya Allah… Ya Allah…
Kembalilah… kembalilah…
Aku sujud akur…
Aku sujud… sujud aku…
Mengengam mimpi semalam…

1 ulasan: